Wednesday, 21 September 2016

Punca-punca ketidakprihatinan masyarakat.

Berdasarkan tajuk yang kami perolehi, antara punca-punca ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat yang telah dan sedang berlaku adalah kerana masyarakat yang kurang mengambil tahu tentang masyarakat yang kurang bernasib baik atau miskin yang duduk dihujung hujung kampung. Masyarakat sewajarnya mengambil tahu tentang masyarakat sekeliling maka dengan itu barulah mereka tahu akan kewujudan golongan yang kurang bernasib baik.

      Kedua, ada segelintir masyarakat yang menganggap golongan miskin ini adalah dikalangan orang-orang pemalas disebabkan mereka sering mengharapkan pertolongan atau bantuan dari pihak atau organisasi tertentu tanpa berusaha untuk memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik. Selain itu, masyarakat juga menganggap sebahagian daripada peminta sedekah bukanlah tidak berupaya untuk berkerja tetapi mereka mengambil langkah mudah untuk meraih simpati masyarakat.

          Ketiga, tiadanya sifat belas kasihan atau simpati dalam diri masyarakat kerana mungkin mereka tidamerasai kesusahan dalam hidup dan tidak berada ditempat golongan orang yang kurang berkemampuan tersebut. Disamping itu, perbezaan taraf juga menjadi faktor utama dalam masalah ini kerana mereka menganggap bahawa diri mereka berkuasa dan memandang rendah akan golongan bawahan. Walhal, mereka tidak tahu bahawa Allah Maha adil bak kata pepatah hidup ini ibarat roda, kadang kita diatas, kadang kita dibawah

No comments:

Post a Comment