Terdapat
pelbagai kesan akibat kemiskinan yang berlaku dibandar mahupun luar bandar. Ia
boleh dilihat melalui aspek ekonomi, social dan lain lain. Pertama sekali,
kesan kepada ekonomi menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan dimana
kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bag membasmi kemiskinan. Selain
itu, dari segi social, pelajar-pelajar dari keluar yang kurang berkemampuan
selalunya terlepas daripada mendapat peluang pendidikan. Kebanyakan pelajar
terpaksa berhenti sekolah bagi membantu keluarga mereka yang kurang
berkemampuan dari segi kewangan dan terpaksa berkerja untuk menyara keluarga. Tambahan
lagi,hal ini juga menyebabkan mereka terliat dengan aktiviti aktiviti jenayah
kerana terdesak untuk mendapatkan wang dan dan kerana tidak mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi yang membolehkan mereka mempunyai pekerjaan di sector formal.
Seterusnya, Kesan – kesan lain boleh dilihat dari
segi bagi penduduk yang berpendapatan rendah ketiadaan kemudahan perumahan yang
selaras dangan kemampuan merupakan suatu masalah yang sukar diatasi (Chamhuri
Siwar, 1996). Ini memaksa kebanyakan daripada mereka untuk tinggal di kawasan
setinggan. Apabila melihat dalam konteks taraf hidup, terutama dari segi
keselesaan tempat tinggal, penduduk luar bandar yang miskin didapati lebih
selesa berbanding dengan penduduk bandar miskin yang tinggal di kawasan
setinggan. Oleh itu, berlakunya penempatan setinggan pada kadar yang sangat
tinggi dan ianya merupakan kawasan kediaman yang tidak sah dari segi
undang-undang; oleh itu bekalan kemudahan asas adalah kurang dan keadaan
perumahan tidak tersusun (Nik Hashim, 1996).Mereka yang tinggal di kawasan
setinggan ini menghadapi pelbagai masalah terutama dari segi penyediaan
kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya. Rumah yang dibina
pula di kawasan yang merbahaya dan selalunya di tapak tanah yang tidak sah dari
segi undang-undang.
Tambahan lagi, kesan-kesan lain juga boleh dilihat dari segi pencemaran alam sekitar. Golongan
kurang berkemampuan yang cenderung untuk mencemarkan alam sekitar kebanyakkan
terdiri daripada mereka yang tinggal dikawasan setinggan yang tidak sah dari
segi undang undang. Mereka terpaksa membuang sampah kedalam sungai atau
dikawasan sekeliling dan akan menyebabkan pencemaran air dan udara kepada
pengguna lain. Hal ini disebabkan keadaan tempat tinggal yang sesak dan tidak
selesa, tahap pendidikan yang rendah dan ketiadaab kemudahan asas.
Akhir
sekali, Kebanyakan keluarga yang menghadapi penurunan dalam pendapatan isirumah
benar akan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dari bidang akademik. Pada
masa yang sama, dengan pendapatan yang berkurangan, mereka turut mengurangkan
penggunaan kemudahan kerajaan dan swasta dan ini menurunkan standard kesihatan rakyat.
Isu ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit
berjangkit,kebakaran,banjir dan kekotoran yang lampau.
No comments:
Post a Comment