Wednesday, 21 September 2016







DUA 6022 KOMUNIKASI
DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


BERDASARKAN SLOT DOKUMENTARI BERSAMAMU, KENAL PASTI PUNCA – PUNCA KETIDAK PRIHATINAN YANG SEDANG BERLAKU DALAM KALANGAN MASYARAKAT.





NAMA PENSYARAH: ENCIK NAHRAWI BIN KASSIM

NAMA AHLI KUMPULAN:


BIL
NAMA PELAJAR
NO MATRIK
1
AIN NATASHA BINTI BADRUL HISHAM
17DAS14F1073
2
SITI NURUL SHAFIQA BINTI ITHNIN
17DAS14F1089
3
PUTRI NURAMELIA BINTI MUSTAFFA KAMAL
17DAS14F1019
4
SITI NUR IDAYU BINTI MOHAMMAD GHAZALI
17DAS14F1037
5
NOR ZULHAIDAH BINTI MOHAMAD ZAIN
17DAS14F1069
6
UMMUSOBRINA BINTI SAARI
17DAS14F1027
7
NUR FARRA HANA BINTI MOHD FARIKH
17DAS14F1035

PENGENALAN

          Bersamamu merupakan rancangan realiti berbentuk amal yang disiarkan di tv3. Rancangan ini berbentuk dokumentari dimana pengacara rancangan tersebut menemui insan insan yang istimewa dan kurang bernasib baik dalam meneruskan liku liku kehidupan. Rancangan ini bertujuan untuk mengurangkan beban. kesengsaraan dan memberikan kehidupan baru buat mereka. 

         Tambahan lagi, pada setiap minggu rancangan ini menayangkan bagaimana kesusahan yang perlu dihadapai insan insan tersebut. Pelbagai dugaan yang telah menimpa daripada masalah kemiskinan, penyakit kronik, penderaan dan sebagainya. Selain itu, di akhir rancangan akan terpapar nombor akaun untuk penonton yang ingin memberikan sumbangan kepada insan insan tersebut bagi meringankan beban kehidupan mereka. 

        Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan

Ini antara gambar yang sempat dirakamkan semasa episod bersamamu:




Punca-punca ketidakprihatinan masyarakat.

Berdasarkan tajuk yang kami perolehi, antara punca-punca ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat yang telah dan sedang berlaku adalah kerana masyarakat yang kurang mengambil tahu tentang masyarakat yang kurang bernasib baik atau miskin yang duduk dihujung hujung kampung. Masyarakat sewajarnya mengambil tahu tentang masyarakat sekeliling maka dengan itu barulah mereka tahu akan kewujudan golongan yang kurang bernasib baik.

      Kedua, ada segelintir masyarakat yang menganggap golongan miskin ini adalah dikalangan orang-orang pemalas disebabkan mereka sering mengharapkan pertolongan atau bantuan dari pihak atau organisasi tertentu tanpa berusaha untuk memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik. Selain itu, masyarakat juga menganggap sebahagian daripada peminta sedekah bukanlah tidak berupaya untuk berkerja tetapi mereka mengambil langkah mudah untuk meraih simpati masyarakat.

          Ketiga, tiadanya sifat belas kasihan atau simpati dalam diri masyarakat kerana mungkin mereka tidamerasai kesusahan dalam hidup dan tidak berada ditempat golongan orang yang kurang berkemampuan tersebut. Disamping itu, perbezaan taraf juga menjadi faktor utama dalam masalah ini kerana mereka menganggap bahawa diri mereka berkuasa dan memandang rendah akan golongan bawahan. Walhal, mereka tidak tahu bahawa Allah Maha adil bak kata pepatah hidup ini ibarat roda, kadang kita diatas, kadang kita dibawah

Kesan-kesan kemiskinan.

Terdapat pelbagai kesan akibat kemiskinan yang berlaku dibandar mahupun luar bandar. Ia boleh dilihat melalui aspek ekonomi, social dan lain lain. Pertama sekali, kesan kepada ekonomi menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan dimana kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bag membasmi kemiskinan. Selain itu, dari segi social, pelajar-pelajar dari keluar yang kurang berkemampuan selalunya terlepas daripada mendapat peluang pendidikan. Kebanyakan pelajar terpaksa berhenti sekolah bagi membantu keluarga mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan terpaksa berkerja untuk menyara keluarga. Tambahan lagi,hal ini juga menyebabkan mereka terliat dengan aktiviti aktiviti jenayah kerana terdesak untuk mendapatkan wang dan dan kerana tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi yang membolehkan mereka mempunyai pekerjaan di sector formal.

Seterusnya, Kesan – kesan lain boleh dilihat dari segi bagi penduduk yang berpendapatan rendah ketiadaan kemudahan perumahan yang selaras dangan kemampuan merupakan suatu masalah yang sukar diatasi (Chamhuri Siwar, 1996). Ini memaksa kebanyakan daripada mereka untuk tinggal di kawasan setinggan. Apabila melihat dalam konteks taraf hidup, terutama dari segi keselesaan tempat tinggal, penduduk luar bandar yang miskin didapati lebih selesa berbanding dengan penduduk bandar miskin yang tinggal di kawasan setinggan. Oleh itu, berlakunya penempatan setinggan pada kadar yang sangat tinggi dan ianya merupakan kawasan kediaman yang tidak sah dari segi undang-undang; oleh itu bekalan kemudahan asas adalah kurang dan keadaan perumahan tidak tersusun (Nik Hashim, 1996).Mereka yang tinggal di kawasan setinggan ini menghadapi pelbagai masalah terutama dari segi penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya. Rumah yang dibina pula di kawasan yang merbahaya dan selalunya di tapak tanah yang tidak sah dari segi undang-undang.


Tambahan lagi, kesan-kesan lain juga boleh dilihat dari segi pencemaran alam sekitar. Golongan kurang berkemampuan yang cenderung untuk mencemarkan alam sekitar kebanyakkan terdiri daripada mereka yang tinggal dikawasan setinggan yang tidak sah dari segi undang undang. Mereka terpaksa membuang sampah kedalam sungai atau dikawasan sekeliling dan akan menyebabkan pencemaran air dan udara kepada pengguna lain. Hal ini disebabkan keadaan tempat tinggal yang sesak dan tidak selesa, tahap pendidikan yang rendah dan ketiadaab kemudahan asas.

Akhir sekali, Kebanyakan keluarga yang menghadapi penurunan dalam pendapatan isirumah benar akan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dari bidang akademik. Pada masa yang sama, dengan pendapatan yang berkurangan, mereka turut mengurangkan penggunaan kemudahan kerajaan dan swasta dan ini menurunkan standard kesihatan rakyat. Isu ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit,kebakaran,banjir dan kekotoran yang lampau.

KESIMPULAN

            Kesimpulannya, setiap individu perlu menanam sikap perihatin dalam diri sendiri, selain dapat mewujudkan sikap toleransi terhadap golongan yang kurang berkemampuan atau kurang bernasib baik. Sikap prihatin akan menjadi amalan yang mulia kerana dapat memberi semangat dalam menyumbang untuk membangunkan masyarakat setempat. Sikap prihatin merupakan sikap yang terpuji dalam diri. Kerajaan telah lama membantu golongan memerlukan dengan pelbagai cara dan ia merupakan usaha kerajaan dalam memastikan golongan yang kyrang bernasib baik ini tidak rasa seperti disisihkan dalam arus kemajuan negara. Semangat bantu membantu dalam kalangan masyarakat sekliling haruslah disemai dalam diri setiap individu supaya dapat melahirkan sifat bantu membantu. 

          Acara dan program yang diadakan seperti ini membuktikan kita adalah sebuah masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap orang sekitar. Negara yang dihuni pelbagai kaum dan kepercayaan dikenali kerana Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang dihuni pelbagai kaum dan kepercayaannya yang dikenali kerana kebolehannya untuk menyediakan keperluan kepada mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, bangsa,agama,warna kulit atau latar belakang. Masyarakat haruslah mewujudkan sifat ingin membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Golongan yang kurang bernasib baik di luar bandar juaga harus menerima perhatian daripda masyakarat dan kerajaan supaya tidak disisihkan. Mereka dapat dibantu dari segi kewangan, makanan dan pakaian. 

           Akhir sekali, selain daripada huluran derma dan bantuan material, golongan yang bernasib baik dapat membaiki kehidupan mereka dengan berdikari dan dapat membaiki nasib keluarga meraka. Kita haruslah sedar daripda terus hanyut dibuai mimpi kerana kini bukanlah masa hanya unuk menunggu bantuan daripda orang sahaja. Tambahan pula, para remaja yang merupakan cerucuk utama pembangunan negara kita sayugia memperiagaka diri dalam anjakan paradigma yang mensosialisasikan masyarakat kita ke era globalisasi agar tidak tenggelam dalam arus yang bermula daripada riak kecil ke gelombang besar.